Organisasi
Tahap I
Pada
Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan
Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di
bawah.
Modul Teras Asas
Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran
asas yang terdiri daripada Modul Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan
Jasmani, dan Modul Pendidikan Kesihatan. Modul-modul ini mesti dipelajari oleh
semua murid.
Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid
beragama Islam, manakala Modul Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan
beragama Islam.
Modul
Teras Tema
Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin
ilmu dalam satu modul. Terdapat dua modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan
Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni
Visual dan Dunia Muzik. DST pula menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk
Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Modul Teras Tema
mesti dipelajari oleh semua murid.
Modul
Elektif
Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa
yang ditawarkan kepada murid seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa
Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam
pelbagai bahasa.
Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan
sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah
dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana
sekolah.