Bentuk
Kurikulum
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR,
merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep
ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu,
kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran
kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan
penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan
bersepadu.
Tunjang Komunikasi
Tunjang
Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa
dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi
fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis, serta nilai tambah menaakul.
Murid perlu menguasai kemahiran ini
bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa
menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik
dalam interaksi sosial.
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina
Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa
Kadazandusun dan Bahasa Semai.
Tunjang
Perkembangan Fizikal dan Estetika
Tunjang Perkembangan Fizikal
dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk
kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan
apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk
melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.
Tunjang
Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada
penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar
setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan
perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah
yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.
Tunjang
Keterampilan Diri
Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan
kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum.
Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan
sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin
kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
Tunjang
Sains dan Teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi memberi
penekanan kepada penguasaan:
• pengetahuan sains, kemahiran dan
sikap saintifik
• pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
matematik
• pengetahuan dan kemahiran berasaskan
teknologi
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi
Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Tunjang
Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan
amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini
merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi
murid bukan Islam.