Elemen Merentas
Kurikulum
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai
tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang
ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia
ada adalah seperti Bahasa, Sains dan
Teknologi, Pendidikan Alam
Sekitar, Nilai
Murni dan Patriotisme.
Elemen
merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan
Inovasi, Keusahawanan,
serta Teknologi Maklumat
dan Komunikasi dikenal
pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan
KSSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum
diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi
melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu
dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di
bawah.