Prinsip
KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:
Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran
dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial.
Perkembangan Individu Secara
Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran
berperanan untuk memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.
Pendidikan
Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama
kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
menyeluruh dan seimbang.
Pendidikan Seumur Hidup
KSSR
menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai
asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang
hayat.