Transformasi
Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak
daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang
dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha
penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya
di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan
memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan
mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah
rendah.
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula
dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi
adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus
transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan,
kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen
keusahawanan.
Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah,
KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi
memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan
pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai
pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan
ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum
persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.
Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan
rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada
2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut
melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap,
pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh
negara.